DUNIAKU.....KISAH HIDUPKU

MANUSIA ITU IBARAT PELAKON DI PENTAS DUNIA......

WATAK DAN PERANAN BERUBAH MENGIKUT TAKDIR YANG MENJADI BABAK KEHIDUPAN....

MOGA AKU SENTIASA DIBERI WATAK SEBAGAI SEORANG MANUSIA BERGELAR INSAN...

INSAN YANG KARAKTERNYA SENTIASA BERPAKSIKAN TUHAN.....

Thursday, September 29, 2011

AKU TAK SEPERTI MEREKA



aku masih berupaya tidak seperti mereka
kerana tuhan jadikan aku lengkap kudrat anggota
aku boleh berjalan,berlari dan bermain

aku tidak kelaparan seperti mereka
kerana tuhan ciptakan aku dalam sebuah negara yang kaya sumber rezekinya
aku boleh merasa pelbagai jenis makanan dan mengunyah tak kira masa

aku tidak pernah miskin seperti mereka
kerana tuhan kurniakan aku harta yang membuatkan aku mampu memiliki segalanya
aku mampu memiliki tempat berteduh,aku mampu menggantikan penat lelah berjalan dengan  tunggangan beroda,aku mampu berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa perlu ku berkunjung kerumahnya

aku masih boleh tenang setiap kali kulit mahupun hati terguris...
aku tidak perlu mengenangkan takdir seperti mereka
kerana tuhan berikan ibubapa yang tidak pernah lelah menjaga segala kebajikan ku
aku tidak pernah ditinggalkan kesedihan sendirian,ketenangan dalam pelukan mereka 
sentiasa mendamaikan kalbu

tapi....
bolehkah aku menjadi seorang hamba yang sentiasa redha seperti mereka walaupun
hanya tangan menggantikan sekalian kudrat.....
bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur seperti mereka walaupun
hanya sebiji tamar menjadi santapan seharian.....
mampukah aku menjadi hamba yang tabah seperti mereka iaitu seorang hamba yang menjadikan tuhan 
sebagai peneman sepi malam dan siang....
mampukah aku menjadi hamba yang ikhlas seperti mereka walaupun berdindingkan
angin dan beratapkan langit...








Sunday, September 11, 2011

DIMANAKAH DIRI INI





apabila diri ini terdetik untuk berfikir sejenak
terasa takut dan runsing 
apakah perlu pemikiran ini diteruskan
atau dicampak ketepi ibarat menutup lubang dengan timbunan rumput kering
walaubagaimanapun,aku perlu tegarkan diri untuk menoleh kembali pada lubang tersebut,
takut kaki tejerumus kedalam perangkap buatan sendiri dikemudian hari..
aku perlu ambil tahu,
aku perlu memikirkannya
dimanakah keberadaan aku sekarang....
dimanakah aku saat ini??????
adakah kaki ini masih beralaskan permaidani pasir
sedang mendayung manyelusuri sungai takdir
atau samar berjalan berpandukan mimpi dan realiti
atau sedang melayang-layang bertemankan angin
terus menderu menghembuskan khayalan semata
atau telahpun berada diangkasa lepas
mengkaji dan menyukat dosa yang pernah dilakukan di planet biru
ohhh Tuhan...
aku perlu tahu dimana keberadaan ku sekarang
dimanakan hatiku saat ini
dimanakah roh dan jasadku sedang bersemadi...
adakah aku perlu terus mencari
meneliti peta yang tak pasti...
bantulah aku Ya Ilahi
celikkanlah mataku
tajamkan pendengaranku
sensitifkan kulitku 
terangilah hatiku
agar aku tahu dimana aku sekarang
agar aku sedar...
bahawanya aku adalah mahkluk yang sentiasa berada dalam pengawasanMu..



Monday, September 5, 2011

DISINI...

kata-kata yang menari-nari diminda,aku persembahkan disini...
bisikan bayu yang mententeramkan jiwa,aku hembuskan disini...
pemaidani sutera,alas untuk aku menghargai keindahan, aku bentangkan disini.....
bayangan memori yang kadang-kadang meruntun sanubari,aku lukiskan disini...
jeritan hati yang menangis pilu,aku leraikan disini...
disini,dialam ini...
aku curahkan isi hati....
aku beritakan khabar diri...
aku mengadu nasib tentang roh dan jasad...
aku mencari kekuatan untuk terus tegar dan berdiri...
disini...dialam inilah...
aku terus melakar senyuman...
gelak tawa yang merdu terus menjadi halwa telinga...
nyanyian sang ibu-ibu sentiasa menjadi pengubat duka
namun disini juga....
air  mata terus mengalir...
darah merah terus membasah ...
teriakan manusia terpekik terlolong.
Sayunya hati tak mampu menolong..
namun...dengan masih adanya "sini"...
aku mula membina benteng antara mimpi dan realiti.....
aku cuba cerakinkan antara kilauan kaca dan permata...
aku sedaya upaya membandingkan antara ketua dan  raja...
tetapi....bukan sekadar disini...
bukan sekadar dialam ini.. 
Allah swt menjadi Tuhanku...
Islam menjadi kebanggaan ku...
Rasulullah menjadi pemimpin ku...
Al-Quran menjadi peneman setiaku...
dan syahadah menjadi nadiku......

GAGAH KE HATI??????

gagah ke hati??????
bila mendung berarak ..
mata jadi gelap
jiwa jadi kelam


cukup gagah ke hati?????
bila ombak memukul ....
diri rasa lemas
nafas rasa sesak


segagah mana gagahnya hati?????
bila jurang yang dalam hanyalah jalan...
melutut tanda kehampaan
atau mati jadi pilihan


lihatlah sejauh mana gagahnya hati?????
bila padang pasir menjadi halaman
dehidrasi menjadi kawan
fatamorgana hanyalah cermin harapan


namun,
bila sudah gagah hatinya...
dugaan laluan kebahagiaan
kecekalan simbolik kemenangan
kesabaran perisai pertahanan
setitis air mata diiringi selaut keredhaan
ketenangan hembusan nafas Ya Rahman...
hidayah dan keinsafan hadiah dari Tuhan..



Saturday, June 11, 2011

PRA PRATIKUM

hari isnin ni saya dah start kne buat pra praktikumkat sekolah..
takut mmglah takut,berdebarpun ade gak tp saye kne kuatka semangat n fkir kalau nk jd ckgu n
semua ckg mstilah kne menjalani latihan ini..hehe...
takpe2 saye akan kuatkan semangat n dtg sekolah t dgn senyuman..
hpefully semua pihak sekolah dpt membantu saye dan memberi kerjasama yg baik dan berguna...
maklmlah budak baru belajar....hhehe
dari  segi trnsport n duit belanja ,saye masih bergantung pada family coz duit ptptn mmg dah hbs...huhu..
takpe slps ii saye akan belajar bersungguh dan balas jasa mereka semua....InsyaAllah....
i juz need strenght from Allah swt...

Friday, April 15, 2011

SETAHUN MENJADI MAHASISWA

pejam celik pejam celik....almost setahun dah jd mahasiswa ukm program pendidikan khas
hmmm....so far, ok ..but rushing gak lfe kat cni especially time last 
sem coz nk kne siapkan assingment n  preparation for exam....
takpe berkat doa my parents n of course pertolongan Allah swt ...
dapat juga saya jalani hdup disini dengan  tenang dan lancar...
so far, sye ske dgn kursus yg saye ambil n i start fall in love with diz course 
sye dh rase ada satu amanah yg perlu saye tunaikan 
sebaik shj msk kursus ni...
hmmm...mgkn motvasi dr pensyarah ygsggh memberi kesan kot 
n waktu tgk dak pend.khaspun dah membuatkan  saye 
diperlukan kan dlm arena ni...
apepun insyaAllah,saye akan tamatkan perjuangan di unversiti ni sbg mahasiswa cemerlang
amin...


Tuesday, April 12, 2011

EXAM PERTAMA DAH LEPAS

arini saye baru lps amik 1st exam tuk 2nd sem ni that is psikologi pendidikan....so far,Alahmdulillah dapt  jwb,tp tak taulah btul ke tak....hope semua jwpn ok n baik.....lpsni ade 5 paper lg,nex paper ialah pengenalan kepada masalah bhs n komunikasi on 19th april,moge saye diberi kemudahan untuk menjawab paper tersebut...