DUNIAKU.....KISAH HIDUPKU

MANUSIA ITU IBARAT PELAKON DI PENTAS DUNIA......

WATAK DAN PERANAN BERUBAH MENGIKUT TAKDIR YANG MENJADI BABAK KEHIDUPAN....

MOGA AKU SENTIASA DIBERI WATAK SEBAGAI SEORANG MANUSIA BERGELAR INSAN...

INSAN YANG KARAKTERNYA SENTIASA BERPAKSIKAN TUHAN.....

Thursday, September 29, 2011

AKU TAK SEPERTI MEREKA



aku masih berupaya tidak seperti mereka
kerana tuhan jadikan aku lengkap kudrat anggota
aku boleh berjalan,berlari dan bermain

aku tidak kelaparan seperti mereka
kerana tuhan ciptakan aku dalam sebuah negara yang kaya sumber rezekinya
aku boleh merasa pelbagai jenis makanan dan mengunyah tak kira masa

aku tidak pernah miskin seperti mereka
kerana tuhan kurniakan aku harta yang membuatkan aku mampu memiliki segalanya
aku mampu memiliki tempat berteduh,aku mampu menggantikan penat lelah berjalan dengan  tunggangan beroda,aku mampu berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa perlu ku berkunjung kerumahnya

aku masih boleh tenang setiap kali kulit mahupun hati terguris...
aku tidak perlu mengenangkan takdir seperti mereka
kerana tuhan berikan ibubapa yang tidak pernah lelah menjaga segala kebajikan ku
aku tidak pernah ditinggalkan kesedihan sendirian,ketenangan dalam pelukan mereka 
sentiasa mendamaikan kalbu

tapi....
bolehkah aku menjadi seorang hamba yang sentiasa redha seperti mereka walaupun
hanya tangan menggantikan sekalian kudrat.....
bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur seperti mereka walaupun
hanya sebiji tamar menjadi santapan seharian.....
mampukah aku menjadi hamba yang tabah seperti mereka iaitu seorang hamba yang menjadikan tuhan 
sebagai peneman sepi malam dan siang....
mampukah aku menjadi hamba yang ikhlas seperti mereka walaupun berdindingkan
angin dan beratapkan langit...