apabila ia menghampiri
manusia mulai risau dan runsing
apabila ia mulai menapak
hati rasa gelisah dan bergelora
apabila ia mulai menyapa
kabus hitam seakan-akan membentengi cahaya
apabila ia mula menyentuh
tak disangka setiap kerdipan membawa sekali deraian air mata
apabila ia mula menyergah....
ada yang cuba menamatkan riwayat
tak kurang pula yang cuba menoleh mencari Tuhan.....
ingatlah........dugaan yang mendatang
ibarat satu-satunya laluan menuju kesebuah mahligai indah
jalannya terbentang luas permaidani berduri...
cabutlah..cabutlah...cabutlah duri-duri itu..
mungkin kaki akan berdarah
mungkin tubuh letih dan lesu....
mungkin hati sedikit luluh
tapi ingatlah...
usaha dan kesabaran
bukan sahaja membuatkan bibirmu tersenyum
air mata kesyukuran berlinang
malah...
membuka jalan kebahgiaan yang penuh erti
menjadi kompas pada sekalian 'pengembara bumi'..