DUNIAKU.....KISAH HIDUPKU

MANUSIA ITU IBARAT PELAKON DI PENTAS DUNIA......

WATAK DAN PERANAN BERUBAH MENGIKUT TAKDIR YANG MENJADI BABAK KEHIDUPAN....

MOGA AKU SENTIASA DIBERI WATAK SEBAGAI SEORANG MANUSIA BERGELAR INSAN...

INSAN YANG KARAKTERNYA SENTIASA BERPAKSIKAN TUHAN.....

Sunday, September 9, 2012

SEDARLAH DARI MIMPI


Bila tiba saatnya nanti
Kau akan terjaga dari mimpi
Mimpi yang selama ini membuat matamu pejam teliti
Sehingga kau rasakan lena hanya milikmu sampai mati

Bila datang waktunya nanti
Bayu sepi akan menyapa pipi
Mengejutkanmu dengan deringan realiti
Terus menerus mengalunkan lagu cerita citra hakiki

Sehingga kau tersentak dan tergamam
Dimanakah dirimu saat ini...
Dikala itu pastinya kau sedar
yang selama ini kau terbaring di cadar berduri
Jiwamu terkurung dipenjara sunyi
Akalmu buta dek silau cahaya imaginasi

Perlukah kau bertanya lagi...
Mengapa ini semua terjadi
Sedangkan kau telah memilih dengan rela hati
bahawa keangkuhan dan kemewahan adalah teman sejati
yang kononnya ibarat bayang-bayang yang sentiasa disisi
Menjamin kelangsungan nadimu tanpa henti

Masihkah kau ingat
Dulu kau banggakan susuk angkuh dan rupa bengis
Senjata yang kau taruhkan hanyalah cercaan  berbaris-baris
Kau bersorak gembira bila hati musuhmu berjaya kau guris
Kau mengilai riang tatkala tubuh si miskin berjaya kau hiris

Tapi..lihat dirimu saat ini
Tak lelah menadah tangan seperti pengemis
Tak kering air matamu kerana menangis
Terkais-kais  di pasir berlumpur mencari belas walau secebis
Tanpa sedar tanah telah membahammu hingga ke betis...

Wahai si insan kerdil
Bundarkan jiwamu bangunkan iman
Janganlah kau rasa sesalan ini telah terlewat buatmu
Sedangkan ALLAH SWTtidak pernah menganggap begitu
Senyumkanlah hatimu, dengarlah kataNya
Ketika kau sedang cuba merangkak untuk menujuNya
Dia berlari kepadamu untuk menyambutmu
Sedia membersihkan dirimu untuk menjadi antara penghuni syurga







Saturday, January 14, 2012

GILAPLAH AKU MAMA.....

Mama..
Senyumku
Bukan sekadar pelangi petang dalam hidupmu
Hadir selepas duka
Pergi meninggalkan derita..


Mama...
Tangisku
Bukannya mendung yang berarak dalam jiwamu
Datang mengundang hiba
Hilang menitiskan sengsara..


Mama..
Sakitku
Bukannya bilah yang memahat dadamu
Pedih melakarkan seksa
Pasrah mencorakkan kecewa


Tapi..
Ketahuilah mama..
Aku juga seperti berlian-berlian lain..
Bersinar bila dipuja
Berkilau tika dimanja


Cuma bezanya aku..
Sebutir berlian yang berdebu..
Tertimbus pasir tika ditemu
Mengharung asap saat menuju


Justeru mama..
Aku mohon sedikit dayamu..
Gilaplah aku dengan secebis kesabaran..
Rapikanlah aku dengan secalet kasih sayang..


Kerana aku tahu mama..
Hanya dengan kerelaan yang kau berikan
Aku mampu menjadi sebutir berlian
Yang menyerlah dimata insan
Istimewa di pandangan Tuhan..