DUNIAKU.....KISAH HIDUPKU

MANUSIA ITU IBARAT PELAKON DI PENTAS DUNIA......

WATAK DAN PERANAN BERUBAH MENGIKUT TAKDIR YANG MENJADI BABAK KEHIDUPAN....

MOGA AKU SENTIASA DIBERI WATAK SEBAGAI SEORANG MANUSIA BERGELAR INSAN...

INSAN YANG KARAKTERNYA SENTIASA BERPAKSIKAN TUHAN.....

Sunday, December 26, 2010

SELAMATKAN AKU....TUHAN


 

apabila air mata yang mengalir
gugur bersama deraian air hujan...
terasa bagaikan tiada lagi mentari yang mampu membuat kan
diri ini tersenyum...
tiada lagi sinaran yang mampu membawa kehibaan pergi dari hati ini....
awan gelap dan mendung seolah-olah sudah menapak dalam jiwa dan sanubari
tidak mahu berganjak walau sudah diusir pergi...
hanya padaMu Tuhan...
aku melontarkan seribu harapan..
izinkan aku terus berpaut pada dahan kasihMu
agar tidak hanyut dan tenggelam dalam lembah yang hitam dan dalam...

Tuesday, December 21, 2010

Erti disebalik dugaan


apabila ia menghampiri
manusia mulai risau dan runsing
apabila ia mulai menapak
hati rasa gelisah dan bergelora
apabila ia mulai menyapa
kabus hitam seakan-akan membentengi cahaya
apabila ia mula menyentuh
tak disangka setiap kerdipan membawa sekali deraian air mata
apabila ia mula menyergah....
ada yang cuba menamatkan riwayat
tak kurang pula yang cuba menoleh mencari Tuhan.....
ingatlah........dugaan yang mendatang
ibarat satu-satunya laluan menuju kesebuah mahligai indah
jalannya terbentang luas permaidani berduri...
cabutlah..cabutlah...cabutlah duri-duri itu..
mungkin kaki akan  berdarah
mungkin tubuh letih dan lesu....
mungkin hati sedikit luluh
tapi ingatlah...
usaha dan kesabaran
bukan sahaja membuatkan bibirmu tersenyum
air mata kesyukuran berlinang
malah...
membuka jalan kebahgiaan yang penuh erti
menjadi kompas pada sekalian 'pengembara bumi'..


Sunday, December 19, 2010

AKU INSAN ISTIMEWA


AKU INSAN ISTIMEWA

bagi mereka...
cahaya tak sampai pada mata...
tapi sampai pada hati...
gelombang dan getaran kasih tak berpaut pada gegendang telinga...
tapi tembus pada jiwa dan sanubari....
tegak dan teguh bukan pada kaki...
tapi pada kesabaran dan keimanan....
biar jalan bertongkat...
biar tangan berbicara....
biar roda menjadi tunggangan..
kata mereka….
“aku bukan insan biasa,aku insan istimewa....
kerana....
Tuhan ciptakan semua deria aku bersatu di dalam hati....
agar...aku dan hati aku dapat melihat silauanNya ,
mendengar seruanNya… menuju pada jalanNya
dan moga terus dalam dakapanNya…
Ya Allah Ya Rahim..
hanya satu ungkapan yang akanku cuba untuk rembeskan pada roh dan jasad
“ Aku bersyukur menjadi insan istimewa”