DUNIAKU.....KISAH HIDUPKU

MANUSIA ITU IBARAT PELAKON DI PENTAS DUNIA......

WATAK DAN PERANAN BERUBAH MENGIKUT TAKDIR YANG MENJADI BABAK KEHIDUPAN....

MOGA AKU SENTIASA DIBERI WATAK SEBAGAI SEORANG MANUSIA BERGELAR INSAN...

INSAN YANG KARAKTERNYA SENTIASA BERPAKSIKAN TUHAN.....

Friday, September 30, 2011

PUISIKU DITERBITKAN

http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1594-aku-berlakon-di-pentas-dunia.html

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah mengirimkan secebis kegembiraan kpd saye melalui penerbitan karya puisi saye oleh i luv islam....terima kasih jua kepada i luv islam kerana telah menerbitkan puisi yang tidak seberapa ini jikan dibandingka dengan karya-karya lain...walaupun puisi ini  telah lama sye hntr tapi saye mmg terharu,gembira dan tak sangka puisi permainan minda dan nukilan jiwa  ini yg bertajuk "AKU BERLAKON DI PENTAS DUNIA" dapat menjadi tatapan pembaca lain terutamanya pembaca2 i luv islam yang sememangnya kebanyakan daripadanya adalah pencinta ilmu...hehe....

GUNAKAN MASA DENGAN BIJAK

lately ni sye sangat busy....busy dgn kursus2 akademik yg sye amik sem ni n busy dgn xtvt2 bsmm....busy di fakulti sye x dpt elakkan coz sye amik 25 unit semni...mmg penatlah ckit plus satu kursus yg perlukan kami membuat assignment di pusat pemulihan dalam komuniti almost every week.....tp sye perlu face bnda tu n tak boleh merungut,sye target tuk dpt dekan semni....semoga Allah swt permudahkan...busy dengan xtvt2 bsmm plak coz i'm one of ajk board di bsmm kolej sye plus sye pun terkejar2 to fulfill learning contract iaitu markah kokurikulum akan dikira sbnyk 10% dalam exam...mcm agak menyusahkan tapi kne carry out jgklah dorg dh state rules mcmni....2 program besar we've planned akan dijalankan 3 minggu berturut2 akan dtg...mmg penat nk attend meetg n fikir how da program will going on...tp sye kne think +ve coz mcm2 skills sye bleh dpt bila join such these program...hmmm
but....sye kne ingt jgk dat i'm not well like others...bile2 sye agak sibuk n penat,bdn sye akan lemah n sengal2 yg teramat sgt....sye rase not felling well every moment n side effect ubat yg sye mkn pun mcm dah menjelma...sye agk malu dgn members bsmm yg lain coz nmpk mcm nk skip jer xtvt dorg but i'm really hoping dat all of them will understand my truely condition....kakak sye plak dijangka bersalin pd 9/10/11
.....Ya Allah Ya Rahim,Tuhan yang mendengar doa sekalian hambanya.....hamba bermohon padaMu agar dipermudahkan kakak hamba bersalin dan selamatkanlah dia dan anaknya...amin....pd 8/9/15/16 okt.plak kbca n pd 10-14 okt minggu menderma darah....semoga aktiviti2 ini berjaya dan dipermudahkan ..amin
tapi ade perkara yang sye agak takit iaitu sye x dpt balancekan masa sye wisely...huhu...

Thursday, September 29, 2011

AKU TAK SEPERTI MEREKA



aku masih berupaya tidak seperti mereka
kerana tuhan jadikan aku lengkap kudrat anggota
aku boleh berjalan,berlari dan bermain

aku tidak kelaparan seperti mereka
kerana tuhan ciptakan aku dalam sebuah negara yang kaya sumber rezekinya
aku boleh merasa pelbagai jenis makanan dan mengunyah tak kira masa

aku tidak pernah miskin seperti mereka
kerana tuhan kurniakan aku harta yang membuatkan aku mampu memiliki segalanya
aku mampu memiliki tempat berteduh,aku mampu menggantikan penat lelah berjalan dengan  tunggangan beroda,aku mampu berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa perlu ku berkunjung kerumahnya

aku masih boleh tenang setiap kali kulit mahupun hati terguris...
aku tidak perlu mengenangkan takdir seperti mereka
kerana tuhan berikan ibubapa yang tidak pernah lelah menjaga segala kebajikan ku
aku tidak pernah ditinggalkan kesedihan sendirian,ketenangan dalam pelukan mereka 
sentiasa mendamaikan kalbu

tapi....
bolehkah aku menjadi seorang hamba yang sentiasa redha seperti mereka walaupun
hanya tangan menggantikan sekalian kudrat.....
bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur seperti mereka walaupun
hanya sebiji tamar menjadi santapan seharian.....
mampukah aku menjadi hamba yang tabah seperti mereka iaitu seorang hamba yang menjadikan tuhan 
sebagai peneman sepi malam dan siang....
mampukah aku menjadi hamba yang ikhlas seperti mereka walaupun berdindingkan
angin dan beratapkan langit...








Sunday, September 11, 2011

DIMANAKAH DIRI INI





apabila diri ini terdetik untuk berfikir sejenak
terasa takut dan runsing 
apakah perlu pemikiran ini diteruskan
atau dicampak ketepi ibarat menutup lubang dengan timbunan rumput kering
walaubagaimanapun,aku perlu tegarkan diri untuk menoleh kembali pada lubang tersebut,
takut kaki tejerumus kedalam perangkap buatan sendiri dikemudian hari..
aku perlu ambil tahu,
aku perlu memikirkannya
dimanakah keberadaan aku sekarang....
dimanakah aku saat ini??????
adakah kaki ini masih beralaskan permaidani pasir
sedang mendayung manyelusuri sungai takdir
atau samar berjalan berpandukan mimpi dan realiti
atau sedang melayang-layang bertemankan angin
terus menderu menghembuskan khayalan semata
atau telahpun berada diangkasa lepas
mengkaji dan menyukat dosa yang pernah dilakukan di planet biru
ohhh Tuhan...
aku perlu tahu dimana keberadaan ku sekarang
dimanakan hatiku saat ini
dimanakah roh dan jasadku sedang bersemadi...
adakah aku perlu terus mencari
meneliti peta yang tak pasti...
bantulah aku Ya Ilahi
celikkanlah mataku
tajamkan pendengaranku
sensitifkan kulitku 
terangilah hatiku
agar aku tahu dimana aku sekarang
agar aku sedar...
bahawanya aku adalah mahkluk yang sentiasa berada dalam pengawasanMu..



Monday, September 5, 2011

DISINI...

kata-kata yang menari-nari diminda,aku persembahkan disini...
bisikan bayu yang mententeramkan jiwa,aku hembuskan disini...
pemaidani sutera,alas untuk aku menghargai keindahan, aku bentangkan disini.....
bayangan memori yang kadang-kadang meruntun sanubari,aku lukiskan disini...
jeritan hati yang menangis pilu,aku leraikan disini...
disini,dialam ini...
aku curahkan isi hati....
aku beritakan khabar diri...
aku mengadu nasib tentang roh dan jasad...
aku mencari kekuatan untuk terus tegar dan berdiri...
disini...dialam inilah...
aku terus melakar senyuman...
gelak tawa yang merdu terus menjadi halwa telinga...
nyanyian sang ibu-ibu sentiasa menjadi pengubat duka
namun disini juga....
air  mata terus mengalir...
darah merah terus membasah ...
teriakan manusia terpekik terlolong.
Sayunya hati tak mampu menolong..
namun...dengan masih adanya "sini"...
aku mula membina benteng antara mimpi dan realiti.....
aku cuba cerakinkan antara kilauan kaca dan permata...
aku sedaya upaya membandingkan antara ketua dan  raja...
tetapi....bukan sekadar disini...
bukan sekadar dialam ini.. 
Allah swt menjadi Tuhanku...
Islam menjadi kebanggaan ku...
Rasulullah menjadi pemimpin ku...
Al-Quran menjadi peneman setiaku...
dan syahadah menjadi nadiku......

GAGAH KE HATI??????

gagah ke hati??????
bila mendung berarak ..
mata jadi gelap
jiwa jadi kelam


cukup gagah ke hati?????
bila ombak memukul ....
diri rasa lemas
nafas rasa sesak


segagah mana gagahnya hati?????
bila jurang yang dalam hanyalah jalan...
melutut tanda kehampaan
atau mati jadi pilihan


lihatlah sejauh mana gagahnya hati?????
bila padang pasir menjadi halaman
dehidrasi menjadi kawan
fatamorgana hanyalah cermin harapan


namun,
bila sudah gagah hatinya...
dugaan laluan kebahagiaan
kecekalan simbolik kemenangan
kesabaran perisai pertahanan
setitis air mata diiringi selaut keredhaan
ketenangan hembusan nafas Ya Rahman...
hidayah dan keinsafan hadiah dari Tuhan..