DUNIAKU.....KISAH HIDUPKU

MANUSIA ITU IBARAT PELAKON DI PENTAS DUNIA......

WATAK DAN PERANAN BERUBAH MENGIKUT TAKDIR YANG MENJADI BABAK KEHIDUPAN....

MOGA AKU SENTIASA DIBERI WATAK SEBAGAI SEORANG MANUSIA BERGELAR INSAN...

INSAN YANG KARAKTERNYA SENTIASA BERPAKSIKAN TUHAN.....

Sunday, December 18, 2011

PENGALAMAN DI PDK HULU KELANG

Dah lame sangat2 tak post kat blog ni..huhu, mase rase pack sgt...terkejar2 je setiap hari...penat mmg penat,tapi nak buat macammane dah tanggungjawab...hmm,klah tak nak citer pasal benda ni..
apa yang nak citer adalah berkenaan experience buat praktikal di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Di Hulu Kelang, PDK Hulu Kelang..
First impression datang sane, mmg sayu and sedih coz tengok kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy x boleh bergerak langsung, n x bercakap..hanya pengerakan bebola mata yang mewakili ucapan selamat datang, terima kasih atau maksud-maksud tersirat lain...then,enam minggu praktikal kat sane telah banyak membuka mata saye akan amanah dan tanggungjawab saya sebagai guru pendidikan khas kelak..
"Mereka memang tak sempurna
 Secebis kebahagiaan sudah memadai untuk mereka
Kebahagiaan bagaimana???
kasih sayang dan layanan yang sepatutnya sebagai seorang manusia"

apa yang paling saya tak boleh lupe disana adalah pada Amzar, Najmi dan Dolah..
dua kanak-kanak lelaki dan seorang remaja dengan ketidakupayaan..
setiap detik bersama mereka,telah terlukis rasa ikhsan dalam diri ini...
najmi dan amzar adikberadik autisme yang severe, tak boleh bercakap, tak boleh mengunyah makanan, dan masih tidak boleh menjalankan toilet training
walaupun macamanapun ketidakupayaan mereka,
mereka masih sangat bernilai, senyuman yang terukir membuatkan batin ini menjerit "Ya Allah,Hikmah dan Rahsia ciptaanMu hanya Engkau yang tahu"...
bila melihat Dolah pula yang mengalami serebral palsy dan berupaya bergerak walaupun terkangkang...
kuatnya hatinya untuk menjalani kehidupan..
setiap kali memandang wajahnya, bagaikan melihat pintu syurga..
manusia yang sudah past menjadi penghuni syurga..