DUNIAKU.....KISAH HIDUPKU

MANUSIA ITU IBARAT PELAKON DI PENTAS DUNIA......

WATAK DAN PERANAN BERUBAH MENGIKUT TAKDIR YANG MENJADI BABAK KEHIDUPAN....

MOGA AKU SENTIASA DIBERI WATAK SEBAGAI SEORANG MANUSIA BERGELAR INSAN...

INSAN YANG KARAKTERNYA SENTIASA BERPAKSIKAN TUHAN.....

Saturday, March 16, 2013


Disaat mulut tak mampu mengungkapkan kata, hati tak mampu meluah rasa, jiwa terasa sebak, kaki seakan longlai...Tiada sahabat untuk mengadu, tiada tempat untuk berpadu, diri tenggelam dalam tangisan..Lalu, terdetik hatinya untuk berwudhu, Al-Quran diambil didekatkan dengan hatinya, dibuka Al-Quran itu, Dilihat ayat demi ayat, Dibaca baris demi baris, maksudnya pula menyusur satu per satu...Tiba-tiba, terhenti pada satu ayat yang apabila dibaca maknanya seakan kena dan serasi dengan keadaan saat itu, menyentuh qalbu pada kala itu..Air mata makin mengalir deras..TAPI,kali ini bukan tangisan kesepian, sebaliknya itulah air mata kebahgiaan..Penemuan terhadap seribu satu persoalan, penyelesaian terhadap seribu satu permasalahan..Senyuman mula terukir dibibir, keresahan makin menyingkir,ketenangan dan kebahgiaan terasa mengalir ...Barulah kesedaran mucul pada tika itu yang sesungguhnya itulah cara "ALLAH SEDANG BERBICARA DENGAN KITA" ..=)

Sunday, September 9, 2012

SEDARLAH DARI MIMPI


Bila tiba saatnya nanti
Kau akan terjaga dari mimpi
Mimpi yang selama ini membuat matamu pejam teliti
Sehingga kau rasakan lena hanya milikmu sampai mati

Bila datang waktunya nanti
Bayu sepi akan menyapa pipi
Mengejutkanmu dengan deringan realiti
Terus menerus mengalunkan lagu cerita citra hakiki

Sehingga kau tersentak dan tergamam
Dimanakah dirimu saat ini...
Dikala itu pastinya kau sedar
yang selama ini kau terbaring di cadar berduri
Jiwamu terkurung dipenjara sunyi
Akalmu buta dek silau cahaya imaginasi

Perlukah kau bertanya lagi...
Mengapa ini semua terjadi
Sedangkan kau telah memilih dengan rela hati
bahawa keangkuhan dan kemewahan adalah teman sejati
yang kononnya ibarat bayang-bayang yang sentiasa disisi
Menjamin kelangsungan nadimu tanpa henti

Masihkah kau ingat
Dulu kau banggakan susuk angkuh dan rupa bengis
Senjata yang kau taruhkan hanyalah cercaan  berbaris-baris
Kau bersorak gembira bila hati musuhmu berjaya kau guris
Kau mengilai riang tatkala tubuh si miskin berjaya kau hiris

Tapi..lihat dirimu saat ini
Tak lelah menadah tangan seperti pengemis
Tak kering air matamu kerana menangis
Terkais-kais  di pasir berlumpur mencari belas walau secebis
Tanpa sedar tanah telah membahammu hingga ke betis...

Wahai si insan kerdil
Bundarkan jiwamu bangunkan iman
Janganlah kau rasa sesalan ini telah terlewat buatmu
Sedangkan ALLAH SWTtidak pernah menganggap begitu
Senyumkanlah hatimu, dengarlah kataNya
Ketika kau sedang cuba merangkak untuk menujuNya
Dia berlari kepadamu untuk menyambutmu
Sedia membersihkan dirimu untuk menjadi antara penghuni syurga







Saturday, January 14, 2012

GILAPLAH AKU MAMA.....

Mama..
Senyumku
Bukan sekadar pelangi petang dalam hidupmu
Hadir selepas duka
Pergi meninggalkan derita..


Mama...
Tangisku
Bukannya mendung yang berarak dalam jiwamu
Datang mengundang hiba
Hilang menitiskan sengsara..


Mama..
Sakitku
Bukannya bilah yang memahat dadamu
Pedih melakarkan seksa
Pasrah mencorakkan kecewa


Tapi..
Ketahuilah mama..
Aku juga seperti berlian-berlian lain..
Bersinar bila dipuja
Berkilau tika dimanja


Cuma bezanya aku..
Sebutir berlian yang berdebu..
Tertimbus pasir tika ditemu
Mengharung asap saat menuju


Justeru mama..
Aku mohon sedikit dayamu..
Gilaplah aku dengan secebis kesabaran..
Rapikanlah aku dengan secalet kasih sayang..


Kerana aku tahu mama..
Hanya dengan kerelaan yang kau berikan
Aku mampu menjadi sebutir berlian
Yang menyerlah dimata insan
Istimewa di pandangan Tuhan..



Sunday, December 18, 2011

PENGALAMAN DI PDK HULU KELANG

Dah lame sangat2 tak post kat blog ni..huhu, mase rase pack sgt...terkejar2 je setiap hari...penat mmg penat,tapi nak buat macammane dah tanggungjawab...hmm,klah tak nak citer pasal benda ni..
apa yang nak citer adalah berkenaan experience buat praktikal di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Di Hulu Kelang, PDK Hulu Kelang..
First impression datang sane, mmg sayu and sedih coz tengok kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy x boleh bergerak langsung, n x bercakap..hanya pengerakan bebola mata yang mewakili ucapan selamat datang, terima kasih atau maksud-maksud tersirat lain...then,enam minggu praktikal kat sane telah banyak membuka mata saye akan amanah dan tanggungjawab saya sebagai guru pendidikan khas kelak..
"Mereka memang tak sempurna
 Secebis kebahagiaan sudah memadai untuk mereka
Kebahagiaan bagaimana???
kasih sayang dan layanan yang sepatutnya sebagai seorang manusia"

apa yang paling saya tak boleh lupe disana adalah pada Amzar, Najmi dan Dolah..
dua kanak-kanak lelaki dan seorang remaja dengan ketidakupayaan..
setiap detik bersama mereka,telah terlukis rasa ikhsan dalam diri ini...
najmi dan amzar adikberadik autisme yang severe, tak boleh bercakap, tak boleh mengunyah makanan, dan masih tidak boleh menjalankan toilet training
walaupun macamanapun ketidakupayaan mereka,
mereka masih sangat bernilai, senyuman yang terukir membuatkan batin ini menjerit "Ya Allah,Hikmah dan Rahsia ciptaanMu hanya Engkau yang tahu"...
bila melihat Dolah pula yang mengalami serebral palsy dan berupaya bergerak walaupun terkangkang...
kuatnya hatinya untuk menjalani kehidupan..
setiap kali memandang wajahnya, bagaikan melihat pintu syurga..
manusia yang sudah past menjadi penghuni syurga..

Wednesday, October 5, 2011

ALHAMDULILLAH.....

rasanye ungkapan ini jarang sekali keluar dari bibir sye....mungkin disebabkan insan bergelar manusia ini yang mudah leka dan  hanyut dengan nikmat dunia tanpa menoleh dan cuba mencari siapa Si Pemberi nikmat itu...maafkan hambaMu Ya Allah...
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
bersyukur sye.. kerana Allah swt tidak pernah tinggalkan sye walaupun dalam keadaan susah mahupun senang tetapi sye yang mudah melupakanNya untuk berkongsi kegembiraan...
Alhamdulillah...hari ini sye selamat menjadi Mak Ngah .....satu-satunya kakak kandung saya yang ada diatas muka bmi ini selamat melahirkan anak perempuan tgh hari td....tetapi sye tidak berkesempatan menatap wajah kakak sye dan anaknye berikutan sye pulang ke ukm sewaktu kakak sye dibawa ke Hospital Selayang.... Hanya Ungkapan Alahamdulillah saje yg dapat sye katakan pada ketika ini walaupun ungkapan ini enath berapa bilangan jari pernah sye ucapkan...Maafkan hambaMu Ya Allah swt...

Friday, September 30, 2011

PUISIKU DITERBITKAN

http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1594-aku-berlakon-di-pentas-dunia.html

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah mengirimkan secebis kegembiraan kpd saye melalui penerbitan karya puisi saye oleh i luv islam....terima kasih jua kepada i luv islam kerana telah menerbitkan puisi yang tidak seberapa ini jikan dibandingka dengan karya-karya lain...walaupun puisi ini  telah lama sye hntr tapi saye mmg terharu,gembira dan tak sangka puisi permainan minda dan nukilan jiwa  ini yg bertajuk "AKU BERLAKON DI PENTAS DUNIA" dapat menjadi tatapan pembaca lain terutamanya pembaca2 i luv islam yang sememangnya kebanyakan daripadanya adalah pencinta ilmu...hehe....

GUNAKAN MASA DENGAN BIJAK

lately ni sye sangat busy....busy dgn kursus2 akademik yg sye amik sem ni n busy dgn xtvt2 bsmm....busy di fakulti sye x dpt elakkan coz sye amik 25 unit semni...mmg penatlah ckit plus satu kursus yg perlukan kami membuat assignment di pusat pemulihan dalam komuniti almost every week.....tp sye perlu face bnda tu n tak boleh merungut,sye target tuk dpt dekan semni....semoga Allah swt permudahkan...busy dengan xtvt2 bsmm plak coz i'm one of ajk board di bsmm kolej sye plus sye pun terkejar2 to fulfill learning contract iaitu markah kokurikulum akan dikira sbnyk 10% dalam exam...mcm agak menyusahkan tapi kne carry out jgklah dorg dh state rules mcmni....2 program besar we've planned akan dijalankan 3 minggu berturut2 akan dtg...mmg penat nk attend meetg n fikir how da program will going on...tp sye kne think +ve coz mcm2 skills sye bleh dpt bila join such these program...hmmm
but....sye kne ingt jgk dat i'm not well like others...bile2 sye agak sibuk n penat,bdn sye akan lemah n sengal2 yg teramat sgt....sye rase not felling well every moment n side effect ubat yg sye mkn pun mcm dah menjelma...sye agk malu dgn members bsmm yg lain coz nmpk mcm nk skip jer xtvt dorg but i'm really hoping dat all of them will understand my truely condition....kakak sye plak dijangka bersalin pd 9/10/11
.....Ya Allah Ya Rahim,Tuhan yang mendengar doa sekalian hambanya.....hamba bermohon padaMu agar dipermudahkan kakak hamba bersalin dan selamatkanlah dia dan anaknya...amin....pd 8/9/15/16 okt.plak kbca n pd 10-14 okt minggu menderma darah....semoga aktiviti2 ini berjaya dan dipermudahkan ..amin
tapi ade perkara yang sye agak takit iaitu sye x dpt balancekan masa sye wisely...huhu...