DUNIAKU.....KISAH HIDUPKU

MANUSIA ITU IBARAT PELAKON DI PENTAS DUNIA......

WATAK DAN PERANAN BERUBAH MENGIKUT TAKDIR YANG MENJADI BABAK KEHIDUPAN....

MOGA AKU SENTIASA DIBERI WATAK SEBAGAI SEORANG MANUSIA BERGELAR INSAN...

INSAN YANG KARAKTERNYA SENTIASA BERPAKSIKAN TUHAN.....

Saturday, January 14, 2012

GILAPLAH AKU MAMA.....

Mama..
Senyumku
Bukan sekadar pelangi petang dalam hidupmu
Hadir selepas duka
Pergi meninggalkan derita..


Mama...
Tangisku
Bukannya mendung yang berarak dalam jiwamu
Datang mengundang hiba
Hilang menitiskan sengsara..


Mama..
Sakitku
Bukannya bilah yang memahat dadamu
Pedih melakarkan seksa
Pasrah mencorakkan kecewa


Tapi..
Ketahuilah mama..
Aku juga seperti berlian-berlian lain..
Bersinar bila dipuja
Berkilau tika dimanja


Cuma bezanya aku..
Sebutir berlian yang berdebu..
Tertimbus pasir tika ditemu
Mengharung asap saat menuju


Justeru mama..
Aku mohon sedikit dayamu..
Gilaplah aku dengan secebis kesabaran..
Rapikanlah aku dengan secalet kasih sayang..


Kerana aku tahu mama..
Hanya dengan kerelaan yang kau berikan
Aku mampu menjadi sebutir berlian
Yang menyerlah dimata insan
Istimewa di pandangan Tuhan..